Saturday, October 23, 2021

Masa pertunjukan Pancuran Air Berirama Darul Hana diubah

Mesti baca

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengumumkan perubahan masa pertunjukan Pancuran Air Berirama Darul Hana (Musical Fountain) di Tebingan Kuching, semalam.

Menurut DBKU, masa terkini untuk pertunjukan adalah setiap Sabtu pada jam 9 malam sahaja.

Selain itu, perubahan masa tersebut juga untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Sebagai rekod, perkara tersebut telah diumumkan oleh pihak DBKU menerusi satu notis yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu, Pancuran Air Berirama Darul Hana itu dipersembahkan dua kali setiap malam dan mengambil tempoh 15 minit setiap sesi.

Selain itu, ia juga telah dirasmikan pada tahun 2018 bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-82 Yang Di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.

Secara Rawak

Artikel Terbaru