Tuesday, June 28, 2022

Dewan serbaguna akan dibina di Klinik Kesihatan Bintangor – ADUN Meradong

Secara Rawak

BINTANGOR: Sebuah dewan serbaguna akan dibina di Klinik Kesihatan Bintangor bagi tujuan kemudahan untuk warga klinik itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, projek tersebut sepatutnya dilaksanakan pada awal tahun ini di bawah peruntukan program Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM150,000, tetapi ditangguhkan susulan penularan wabak pandemik covid-19.

Bagaimanapun, projek tersebut telah dijadualkan semula pada September tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau tapak projek yang dilaksanakan di bawah Majlis Daerah Meradong Dan Julau (MDMJ), pada Rabu.

Sementara itu, warga Klinik Kesihatan Bintangor menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas pembinaan projek yang akan memberi manfaat kepada mereka untuk menjalankan aktiviti berkaitan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru