Wednesday, September 22, 2021

Virus maut terus menggila mencari mangsa

Mesti baca

Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 67 juta.

Berdasarkan angka Worldometers pagi ini, jumlah kes ialah 67,385,285 manakala jumlah kematian sudah mencecah 1.5 juta kes sejak virus maut itu melanda China pada akhir tahun lepas.

Jumlah yang sembuh pula  lebih 46 juta.

AS kekal berada di tangga teratas dunia dari segi jumlah kes jangkitan dan kematian.

AS merekodkan lebih 15 juta kes dengan lebih 288,000 kematian.

India pula merekodkan 9.6 juta kes jangkitan dengan lebih 140,000 kematian.

Manakala Brazil di tempat ketiga merekodkan 6.6 juta kes dengan lebih 176,000 kematian.

Rusia mencatatkan 2.46 juta kes jangkitan dengan lebih 43,000 kematian.

Perancis di tangga kelima dunia merekodkan 2.29 juta kes jangkitan dengan lebih 55,000 kematian.

Sembilan negara yang sudah merekodkan lebih sejuta kes jangkitan ialah Itali, Uk, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland, dan Iran. 

Kelihatannya, angka jangkitan dan kematian masih belum reda. 

Covid-19 terus menggila ketika dunia bergelut mencari vaksin ampuh.

Secara Rawak

Artikel Terbaru