Sunday, January 23, 2022

Perjanjian dengan Petronas beri hasil lebih banyak kepada Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Perjanjian Komersial antara Kerajaan Sarawak dengan Petronas di Kuala Lumpur pagi tadi disifatkan memberi hasil lebih banyak daripada sumber minyak dan gas  yang didapati dan diterokai di negeri ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar  Jaul Samion dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Tufik.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, mereka berkata, perjanjian itu menyediakan pembabitan lebih aktif kepada Sarawak dalam industri minyak dan gas melalui pengurusan sumber minyak dan gas di daratan oleh Petros dan pelaburan oleh syarikat minyak negeri itu dalam aktiviti huluan di kawasan pantai.

“Kerajaan Negeri dan Petronas meneruskan peranan sebagai syarikat minyak negara ketika ini, terus komited untuk bekerjasama bagi mewujudkan dan mengekalkan persekitaran  perniagaan  pelaburan yang stabil dan kondusif  bagi pertumbuhan mampan dalam industri minyak dan gas, sama ada dalam aktiviti huluan atau hiliran di Sarawak,” kata kenyataan bersama itu. 

“Untuk mencapai objektif itu, perjanjian berkenaan menyediakan kerangka perundingan yang membolehkan kedua-dua pihak berbincang dan melaksanakan perkara penting berkaitan dengan industri minyak dan gas, termasuk yang membabitkan kepentingan negeri ini,” katanya lagi.

Perjanjian itu merupakan sejarah bagi Sarawak yang akan terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas menerusi Petros.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  dalam satu kenyataan pagi tadi berkata Perjanjian Komersial yang ditandatangani antara Kerajaan Sarawak dan Petronas di Kuala Lumpur hari ini akan membuka lembaran baharu dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak dan membuka pelbagai peluang perniagaan serta pembangunan industri yang berkaitan di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru