Monday, August 2, 2021

Penyerang JDT Syafiq Ahmad kemalangan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah dan  bersimpati  atas tragedi yang menimpa penyerang JDT, Syafiq Ahmad yang kehilangan ahli keluarga dalam kemalangan awal pagi tadi.

Pemilik JDT itu turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar atau video berkaitan demi menjaga sensitiviti Syafiq dan keluarganya.

Syafiq terbabit dalam kemalangan di Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara, dekat Sungai Bakap.

Kemalangan itu mengorbankan bayi lelakinya yang berusia 22 hari dan dua wanita.

Bagaimanapun, Syafiq  dan anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun,  dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan tetapi isterinya, Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah.

“Kami sentiasa bersamamu, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” tulisnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru