KUALA LUMPUR: Berebut pelanggan mencetuskan satu insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada jam 7 malam tadi menyaksikan berlakunya insiden kekecohan di sebuah kedai menjual peralatan komputer.

Rakaman video kejadian berkenaan tular di media sosial menyaksikan pergaduhan membabitkan beberapa kumpulan di sekitar Low Yat,  sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan kejadian tersebut dan menerima panggilan orang awam memaklumkan tentang kejadian berkenaan.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian tersebut dan sebaik menerima maklumat sepasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (URB) dan Ketua Polis Balai Tun HS Lee, bergegas ke lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Jelas kenyataan itu lagi, polis telah menahan seramai 42 individu kesemuanya masing-masing berusia 20 hingga 35 tahun dan kejadian tersebut tidak mempunyai sebarang isu perkauman.