Sunday, December 5, 2021

21 NGO terima geran MRP

Secara Rawak

LUNDU: Sebanyak 21 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lima orang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima Geran Tahunan Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) Fasa 8/2020 berjumlah RM91,100.

Ketika majlis penyerahan di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berharap gersn tersebut digunakan dengan sebaiknya.

“Saya berharap geran ini akan digunakan dengan sebaiknya dan diharap dapat membantu NGO untuk bergerak lebih aktif kepada masyarakat setempat bagi mengharumkan lagi nama Tanjong Datu,” katanya.

Pada majlis itu juga, ADUN Tanjong Datu turut memberi sumbangan pokok Krismas kepada Pemanca Benjamin Gersit Jais yang mewakili masyarakat Dayak Tanjong Datu sempena sambutan Krismas yang akan disambut tidak lama lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru