SERIAN: Seramai 120 peserta menghadiri Majlis Perasmian Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP), bagi siri terakhir tahun ini, yang diadakan di Kampung Linsat Batu Kudi, di sini semalam.

Peserta terdiri daripada 20 kampung di kawasan Krangan, Antayan, Merbau, Sungai Engkabang, Semukoi dan Sri Menanti.

Masjlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N22 Kedup, Martin Ben.

Selain memberi peluang dan prospek dalam tanaman serta ternakan, program itu bertujuan berkongsi dan mendedahkan teknik amalan pertanian terbaik.

Hadir sama, Pegawai Daerah Serian, Lim Hock Meng, Pegawai Pertanian Bahagian Kuching, Heidilya Joshua, Setiausaha Majlis Daerah Serian, Constantine Gerard David Jonas, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Serian, Alex Edward Daweb dan Penghulu Iban Daerah Serian, Rungka Jimbai.