KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, parti itu tidak perlu membuang masa bercakap tentang masa depan dengan Pas tanpa terikat dengan Bersatu.

Katanya, keputusan sudah jelas bahawa Pas tidak ada hasrat untuk meninggalkan Umno, malah amat menghargai persahabatan bersama Umno. Apabila ditanya, apa jaminan PAS tidak akan mufaraqah dengan Umno sepertimana mereka berpisah daripada Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Dalam catatan di Facebooknya selepas temu bual dengan  dengan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin, Shahril berkata Pada masa sama, Pas meletakkan aspirasi satu lawan satu (BN/PN lawan PH) dan mengelak pertembungan tiga penjuru sebagai syarat untuk menang PRU15.

“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara UMNO, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka Pas dalam “dalam situasi yang tidak mungkin” dan mungkin ambil pendekatan berkecuali. Yang untung adalah PH,’ jelasnya.

Jelasnya lagi, PAS minta Umno hormat pendiriannya sepertimana Pas juga akan hormat pendirian Umno.

Dalam keadaan demikian, apakah  tindakan Umno? 

“Bagi saya,kawan sudah bercakap terbuka. Kita boleh pilih untuk terkilan, marah, terasa. Boleh pilih untuk persoal keikhlasan pasca pembentukan Kerajaan PN. Boleh pilih untuk mengata. Boleh pilih untuk cakap “cukup hanya MN tak perlu PN” walhal rakan kita dalam MN telah tegaskan pendiriannya mahu bertiga, bukan berdua,” ujarnya.

“Atau kita boleh pilih untuk tenang, hormat pendirian sahabat kita TANPA kompromi aspirasi kita sebagai parti kebangsaan terbesar Malaysia. UMNO parti yang penuh bijaksana dan responsif kepada dinamika yang berubah. Saya pilih yang ini,” katanyta lagi.

Sambil kita hormat pendirian Pas, saya yakin Pas juga hormat bahawa keputusan untuk Umno ialah  hak mutlak Umno, tanpa paksaan sesiapa,” tegasnya.

“Maka Umno harus kembali kepada “opsyen” yang ada dan jangan bazir masa bercakap tentang “opsyen” yang tidak lagi wujud,” katanya lagi.