KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) akan berkolaborasi bersama Jabatan Penjara Negeri Sarawak dalam memberi khidmat bantuan kepada pelajar yang tidak pandai membaca atau Disleksia di Sekolah Henry Gurney, melalui Persatuan Disleksia.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kementerian melalui Majlis Pembangunan Sosial akan diberi tanggungjawab memberi sistem sokongan dari segi pemulihan dan rehabilitasi berpanjangan kepada pelajar apabila mereka bersama komuniti nanti.

Dalam pada itu jelasnya, Pihak Jabatan Penjara Negeri Sarawak kini dalam proses perbincangan untuk memohon sokongan kerajaan negeri melalui KWKPK untuk mewujudkan Pusat Pemulihan Akhlak di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjung hormat oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, pada Rabu.