Jumlah keseluruhan Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 65 juta kes.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula sudah mencecah 1.51 juta sejak virus maut itu melanda Wuhan, China pada akhir tahun lalu.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 14.52 juta kes.

AS juga berada di tangga teratas dari segi kematian apabila merekodkan 282,704 kes, termasuk 2,791 kes terbaharu.

Ini diikuti India dengan lebih 9.56 juta kes dengan lebih 139,000 kematian, manakala Brazil merekodkan lebih 6.48 juta kes dengan lebih 175,000 kematian.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Rusia dan Perancis.

Rusia yang berada di tangga keempat merekodkan 2.37 juta kes dengan lebih 41, kematian manakala Perancis merekodkan 2.25 juta kes dengan lebih 54,000 kematian.

Sepanyol, United Kingdom, Italy, Argentina, Colombia, Mexico, Jerman dan Poland mencatat lebih sejuta kes.

Mexico  yang berada di tangga ke-11 dari segi jangkitan sudah merekodkan 107,565 kematian.

Peru, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia dan Belanda merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 ribu kes adalah Romania, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Kanada, Maghribi, Arab Saudi dan Switzerland.