Sebanyak 49 orang warga asing membunuh diri dalam tempoh Mac hingga Oktober tahun ini kebanyakannya disebabkan masalah tekanan kewangan.

Daripada jumlah tersebut, empat orang warga asing membunuh diri di Sarawak, menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber polis.

Kebanyakan pekerja asing berkenaan meragut nyawa sendiri di rumah kongsi.

Perintah kawalan Pergerakan mulai dikuatkuasakan di negara ini pada 18 Mac lalu bagi membendung penularan Covid-19.

Sejak itu banyak sektor terjejas sehingga menyebabkan banyak yang hilang pekerjaan dan pendapatasn.

Menurut statistik yang dikongsi oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman dengan Malaysiakini, warga Myanmar paling banyak membunuh diri dengan 14 kes, diikuti Bangladesh (9), Indonesia (6), India (5), Pakistan (2).

Menurut pecahan negeri pula,  menurut laporan itu, Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi (14 kes), diikuti Perak (9), Pulau Pinang (7), Johor (4), Sarawak (4), Selangor (3), Pahang (3), Melaka (2), Terengganu (1), Kelantan (1) dan Sabah (1).