
Indonesia kini berada di tangga ke-21 di dunia dari segi jumlah kes jangkitan Covid-19.
Jumlah yang direkodkan di negara 270 juta jiwa setakat pagi Jumaat ialah 557,877 kes.
Ini termasuk lebih lapan juta kes terbaharu.
Jumlah kematian pula ialah 17,355 kes, termasuk 1`56 kematian terbaharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini sekali gus meletakkan negara 17,000 pulau itu tertinggi dalam kalangan negara Asean.
Di belakang Indonesia ialah Filipina yang berada di tangga ke-27.
Jiran Malaysia itu kini merekodkan 435,413 kes dengan 8,446 kematian.
Malaysia dengan hampir 70,000 kes berada di tangga ke-82.
