Saturday, December 4, 2021

Usaha tambah baik padang bola sepak

Secara Rawak

BAU: Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambah baik padang bola sepak di kawasan Tasik Biru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, usaha tersebut penting dalam mengangkat martabat sukan bola sepak di konstituensi berkenaan.

Berucap semasa majlis penangguhan pertandingan bola sepak Singai Cup 2020 di Stadium Mini Bau pada Ahad, beliau menambah, masa depan bola sepak di daerah Bau adalah cerah selepas melihat perkembangan yang baik dalam kalangan pemain belia.

“Kita akan terus berusaha memperbaiki dan menambah baik padang bola sepak di kawasan Tasik Biru dalam memastikan para peminat bola sepak mendapat kemudahan sukan yang sempurna dan selesa,” katanya.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan SEDA FC telah merangkul kejuaraan Singai Cup 2020 selepas menewaskan pasukan SAGAH FC dengan keputusan 2-1.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru