MELUGU: Sebuah kediaman di Skim Melugu musnah akibat saluran gas dapur tiba-tiba tercabut ketika salah seorang penghuninya sedang memasak nasi, kira-kira 2:30 petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan berkata, rumah tersebut didiami lapan sekeluarga terdiri daripada empat lelaki, tiga perempuan dan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

“Maklumat awal daripada James William, kejadian berlaku semasa salah seorang daripada mereka sedang memasak nasi.

“Tiba-tiba saluran gas tercabut menyebabkan api terus marak dan merebak dengan cepat,” katanya ditanya, hari ini.

Jelasnya, penduduk berusaha memadam api menggunakan air namun gagal.

Difahamkan rumah dengan binaan tidak kekal itu musnah sepenuhnya.

Perkembangan lanjut akan dikemas kini.