KUCHING: Projek membaik pulih bumbung rumah Napi Abdullah dengan kos sebanyak RM15,000 telah siap di bawah Projek Kecil Kecil Luar Bandar-Program Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (MRP-PPRMS).

Mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, Pengerusi Cawangan SUPP Batu 10, Tan Huan Yong telah menyerahkan plak projek siap kepada Napi Abdullah di Kampung Bunga Rampai pada Isnin.

Difahamkan projek tersebut disiapkan dalam masa lima hari mulai 18 hingga 23 November lepas.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Cawangan SUPP Batu 10, Kuing Fatt Shin dan Ketua Kaum Kampung Bunga Rampai, Rafa’ee Ahmad.