LUBOK ANTU: Mengikut pelan dan perbelanjaan, Projek Water Grid dari Lubok Antu ke Engkilili akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM220 ribu untuk pembinaan loji dan RM397 ribu untuk pemasangan.

Berikut menurut Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh semasa berucap sebelum merasmikan penutupan Program Kebersihan, Keselamatan, Kesihatan Dan Alam Sekitar (K3AS), bertempat di Mepi Pasir, Batang Ai baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga ADUN Batang Ai turut mengumumkan geran MRP sebanyak RM10 ribu untuk JKKK Mepi Pasir dan RM5 ribu untuk Gerempung Indu Mepi Pasir.

Program anjuran Majlis Daerah Lubok Antu dengan kerjasama JKKK Mepi Pasir itu telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan sesi pembersihan kawasan secara gotong-royong yang menghimpunkan 250 orang.