KUCHING: Pasar Borneo Sri Kembangan di Selangor kini berwajah baru selepas para peniaga dari Sarawak menggunakan kanopi baharu yang disumbangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah.

Sumbangan daripada Ahli Parlimen Limbang itu menunjukkan keprihatinan pemimpin dari Sarawak dengan keperluan para peniaga Sarawak termasuk dari Sabah yang berniaga di pasar berkenaan.

Malah, beliau bersama Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni telah turun padang meninjau perkembangan para peniaga di pasar tersebut.

Dalam tinjauan tersebut, Lukanisman turut menyumbang dana sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Pasar Borneo Seri Kembangan.