TARAT: Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn menyerahkan geran bagi Projek Kecil Luar bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada Kampung Tabuan Rabak dan masing-masing RM10,000 kepada Biro wanita Kampung Pulau Kandis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Patung pada Ahad.

Dalam majlis sambutan ulang tahun Chapel St.Clement ke-40 tahun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat juga menyampaikan dana sebanyak RM5,000 kepada Jawatankuasa Gereja SDA Kampung Patung dan JKKK Kampung Pulau Kandis pula RM6,000 untuk penyambungan air paip ke tanah perkuburan kampung .

Selain itu Datuk Roland juga telah menyampaikan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada ketua-ketua kampung berkaitan mewakili penduduk Kampung masing-masing.