LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah melawat seorang warga emas Yantang Yaji, 92 tahun yang terlantar sakit di rumahnya di Kampung Tanjong Riman, di sini pada Sabtu.

Kesempatan itu, beliau telah meluangkan masa bersama dengan Yantang bagi mengetahui tahap kesihatannya dan memberikan sedikit sumbangan kasih kepada warga emas itu. 

Sejurus selepas itu, Paulus telah mengadakan lawatan dan memantau suasana di Kampung Tanjong Riman yang terjejas akibat banjir.

Dalam kejadian itu, rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjong Riman Francis Yantang turut dinaiki air.