KUCHING: Kerja-kerja pembinaan semula Jambatan Gantung Satok di Jalan Matang ke Jalan Merdeka (Kubah Ria) akan diteruskan pada 30 November depan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Selatan dalam satu kenyataan  memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada 31 Disember 2020. 

Dalam pada itu, para pengguna jalan raya dimohon agar merancang perjalanan terlebih dahulu supaya tidak menghadapi kesulitan di kawasan-kawasan yang terlibat.

JKR Wilayah Selatan turut memaklumkan bahawa bulatan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub boleh digunakan sebagai laluan alternatif untuk pergi ke Jalan Merdeka serta menghubungkan jalan tersebut dengan Jalan Matang.

Sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Peta tapak yang berkaitan turut disertakan untuk rujukan para pengguna jalan raya.