BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gerald Rentap Jabu telah meluangkan masa menziarahi keluarga dan memberikan penghormatan terakhir kepada Lendang Ingkau di Rumah Jesse Michael, Saka, Betong pada Sabtu.

Beliau menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang yang juga merupakan budaya dan simbolik keprihatinan komuniti Iban terhadap keluarga yang ditimpa musibah seperti kematian.

Gerald kemudian turut menziarahi Tuai Rumah Jesse Michael yang telah menjalani pembedahan pemotongan kaki.

Sebelum ini, melalui Skuad Kasih Sayang Plus Layar, beliau telah menyumbang kerusi roda kepada tuai rumah tersebut.