MIRI: Place Borneo Sdn Bhd akan menganjurkan Konsert Mini Miri Country Music Fest (MCMF) hari Jumaat dan Sabtu, secara maya di Facebook bermula jam 8.00 malam.

Menurut Penganjur selaku Pengacara Konsert, Gracie Geikie, bagi memastikan muzik negara tetap hidup, festival tahunan itu akan mempersembahkan Tribute MCMF 2020 yang merangkumi persembahan dan sesi temu bual bersama artis-artis yang pernah membuat persembahan di pentas MCMF sejak edisi pertama pada tahun 2014.

Antaranya, Raggy dan Kamal Bukhary dari Malaysia, Tantowi Yahya & The Brafaks dari Indonesia, 2country4nashville dari USA serta Johnny Cash Experience dari Jerman.

Katanya, dalam sidang media bersama Menteri Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah baru-baru ini.

Untuk itu, jangan lepaskan peluang menyaksikan konsert mini ini di facebook Miri Country Music Fest malam ini dan esok.