SARATOK: Empat cedera dalam satu insiden kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan treler petang tadi.

Kemalangan berlaku berhampiran dengan kawasan simpang Saratok kira-kira jam 4.15 petang.

Ketua BBP Saratok, Nazry Mohamat berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi mereka mendapati berlaku kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Myvi yang datang dari arah Sarikei telah bertembung dengan treler muatan kelapa sawit dari arah Saratok.

“Terdapat empat orang mangsa dalam kenderaan Myvi cedera dan telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba dan diserah kepada pihak ambulans Saratok untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,”ujarnya.

Tambah Nazry, akibat kemalangan tersebut terdapat tumpahan minyak hydrolik sepanjang 200 kaki di lokasi kejadian.

Pasukan bomba katanya terpaksa membuat pembersihan sepihan kemalangan dan menabur habuk Kayu di sepanjang tumpahan minyak tersebut.

Mangsa yang cedera dalam kemalangan tersebut dikenali sebagai Christopherson Beynolds Geling,40, Patricia Anak Batholomia,30,Nelson Erwin Christopher son Beynolds,9 dan Nicholas Shane Christopher son Beynolds, 6 tahun.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.