KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abd Wahab Aziz hari ini melawat beberapa projek yang telah dilaksanakan di Kampung Perpat dan Rumah Tanjong di Kawasan Perpat.

Antara projek dilawati beliau adalah projek membina bund di kawasan masjid (RM80,000), baik pulih Masjid Kampung Perpat yang dibuat secara berperingkat (RM200,000) dan baik pulih surau Kampung Tengah Perpat (RM50,000).

Selain itu, beliau turut melawat projek membina surau Kampung Hulu, Perpat (RM80,000), membina jalan simen sejauh 500m (RM150,000) dan membina jalan simen menuju ke rumah Tanjong, Perpat sepanjang 200m (RM80,000).

Datuk Abd Wahab kemudiannya menghadiri Program Kesedaran Dan Saringan Kanser Mulut dan Program Sahabat Dan Komuniti bertempat di Dewan Seri Pinang, Kampung Perpat.

Program tersebut anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Daerah Saratok dan Jabatan Kebajikan Sarawak bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Mulut.