PUSA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor hari ini meluangkan masa menyantuni 12 warga emas dan dua belia terlantar akibat kemalangan di sekitar Kampung Beladin.

Semasa lawatan itu, beliau telah menyerahkan sembilan kerusi roda, tongkat dan bakul makanan sumbangan Pusat Khidmat Beting Maro.

Beliau turut menyumbang wang tunai bagi meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, penduduk kampung mengucapkan ribuan terima kasih kepada Razaili dan pemimpin di peringkat Kampung Beladin kerana prihatin dengan masalah dihadapi penduduk.