SRI AMAN: Penduduk kampung perlu bijak mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, penduduk tidak perlu risau untuk mengusahakan tanaman dengan jumlah yang besar kerana pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dapat membantu memasarkan hasil tanaman mereka.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Dialog Program Ladang Kontrak Tanaman Jagung Manis di Rumah Juan Brodi, Parit Beruang, Sri Aman pada Khamis.

Tambah Datuk Mong, peranan koperasi yang telah diwujudkan juga perlu digunakan dengan sebaiknya dalam memastikan rakyat di kawasan itu menerima manfaat dari segi kemudahan dan juga keuntungan.

Sesi dialog yang dianjurkan Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman itu telah mengenalpasti potensi kawasan Tanjung Bijat sesuai untuk diusahakan dengan tanaman jagung di bawah program Ladang Kontrak bersama FAMA. –