KUCHING: Sarawak setakat ini tiada ancaman dari segi penyeludupan bersenjata.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Aidi Ismail memberitahu, walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak akan dipandang ringan seperti yang berlaku di sempadan Malaysia-Thailand baru-baru-ini.

Justeru katanya, pihak PDRM telah memiliki pasukan khusus bagi melakukan Ops Benteng untuk menangani kes-kes penyeludupan berlaku di perairan Sarawak.

“Kita akan terus memastikan anggota-anggota membuat kawalan sempadan dan bersiap sedia apa jua ancaman yang mungkin berlaku,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak di Kuching, pada Jumaat.

Katanya, kes-kes penyeludupan di Sarawak kebanyakkannya berlaku di perairan air berlaku terutamanya di sempadan dan pihak Marin serta PGA memang selalu menjalankan rondaan dan banyak kes sudah berjaya merampas barangan seperti rokok, arak, petrol , kayu balak dan sebagainya,” jelasnya lagi.