KUCHING: Acara simbolik flag-off Program Kembara Prihatin Negara 2020, bertemakan ‘Tautan Sepakat Membantu Rakyat’ telah disempurnakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah di Kuching pada Rabu.

Mengikut perancangan, program yang akan meliputi 108 daerah di seluruh negara itu akan berlangsung selama setahun, bertujuan untuk membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, disamping menyebar luas perkhidmatan dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memenuhi keperluan dan ekspektasi rakyat.  

Dalam program itu, turut berlangsung penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC), kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan Tabung Bantuan Segera serta Geran Usahawan dari Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak. 

Selesai program, Dato Sri Fatimah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni beserta rombongan, melawat dua buah rumah yang berdekatan bagi menyampaikan sumbangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.