Saturday, December 4, 2021

Pertandingan badminton di Limbang bulan depan

Secara Rawak

LIMBANG: Persatuan Badminton Bahagian Limbang (PBBL) akan menganjurkan Pertandingan Badminton Individu Tertutup yang akan diadakan di Stadium Tertutup dari 5 hingga 6 Disember depan.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu adalah merupakan acara tahunan bagi menonjolkan serta mencungkil bakat-bakat tempatan dalam sukan badminton.

Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu beregu lelaki, perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu wanita.

Yuran pertandingan berjumlah RM10 untuk acara melibatkan perseorangan dan RM20 untuk acara beregu dengan tarikh tutup pada 3 Disember.

Sistem kiraan mata 31 akan digunakan dengan pertukaran gelanggan akan dibuat pada mata 16.

Mereka yang berminat boleh mendaftar kepada urusetia Persatuan Badminton Bahagian Limbang.

Maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Zaini Garip (0138491265).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru