IGAN: Penduduk di DUN Jemoreng yang layak memohon Kenyalang Gold Card (KGC) digesa untuk mendaftar di pejabat daerah atau di pejabat kebajikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, KGC adalah inisiatif kerajaan Sarawak yang akan memberi banyak manfaat kepada warga emas.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card di Igan untuk penduduk di Kampung Sekerang, Kampung Tengah, Kampung Pulau, Kampung Baru Ismail dan Kampung Baru Dagang Igan pada Khamis.

Pada majlis tersebut beliau menyerahkan sebanyak 155 KGC kepada penerima dari lima buah kampung tersebut.

Datuk Dr Juanda turut menyampaikan cek geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM28,000 kepada lima buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga Kawasan Rukun Tetangga Kampung Seberang Igan.