KAPIT: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing membawa khabar gembira buat penduduk Rumah Lamau di Baleh apabila mengumumkan pemberian geran MRP berjumlah RM500 kepada setiap pintu.

Selain itu, beliau yang juga ADUN Baleh turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM80,000 untuk membina parit dan landskap di belakang rumah berkenaan.

Beliau mengumum berita baik itu semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Lamau, Teluk Buing, Baleh pada Selasa.

Menurut beliau, kebajikan rakyat di kawasan Baleh sentiasa menjadi keutamaannya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan harapan agar rakyat kekal mengundi PRS dan GPS dalam pilihanraya akan datang bagi memudahkan Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan di kawasan itu.

Turut hadir, ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang.