Adakah belanjawan 2020 meningkatkan peluang pekerjaan serta menjana dan mengekalkan pekerjaan rakyat dan adakah belanjawan 2021 lebih relevan kepada rakyat malaysia untuk meneruskan kehidupan dalam menempuh pandemik covid19 ini?

Penutupan operasi untuk perniagaan semasa MCO telah mempengaruhi pasaran buruh secara langsung. Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 4.2% pada tahun 2020 disebabkan oleh pasaran buruh yang lemah. Walau bagaimanapun, ini dijangkakan akan menurun menjadi 3.5% pada tahun 2021.

Ekonomi Malaysia semakin lama semakin menghadapi pelabagai cabaran. Namun begitu, kerajaan Malaysia tetap berusaha serta mengorak langkah demi meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Melalui belanjawan 2020 kepada belanjawan 2021 terdapat satu perubahan atau suatu penambahbaikan melalui pelbagai aspek terutamanya aspek pekerjaan.

Dari belanjawan 2021 dapat dilihat kerajaan akan melancarkan Penjana Kerjaya bagi meneruskan inisiatif pengambilan pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dikenali sebagai Penjana Kerjaya dengan beberapa penambaikan yang dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250,000 pencari kerja.

Iaitu yang pertama Inisiatif untuk pekerja bergaji RM1500 ke atas akan dinaikkan daripada kadar rata RM800 sebulan kepada 40% daripada gaji bulanan terhad kepada insentif maksimum RM4000 sebulan selama 6 bulan.

Kedua, Insentif tambahan sebanyak 20% menjadikan keseluruhan insentif majikan berjumlah 60% selama 6 bulan. Seterusnya, sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan, insentif khas sebanyak 60% daripada gaji bulanan dengan 40% disalurkan terus kepada majikan dan 20% kepada pekerja tempatan yang menggantikan pekerja asing selama 6 bulan.

Dan terakhir, kos maksimum program latihan yang layak dituntut majikan dinaikkan daripada RM4000 kepada RM7000 bagi menjalani program kemahiran tinggi atau sijil profesional.Berbanding belanjawan 2020, kerajaan hanya melancarkan inisiatif MalaysiaKerja (Malaysians@Work) yang bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.

Malaysia@Kerja mengutamakan program GraduanKerja (Graduates@Work) untuk graduan yang menganggur melebihi 12 bulan. Graduan akan menerima insentif gaji selama 2 tahun sebanyak RM500 sebulan serta majikan juga akan menerima insentif pemgambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.

Program Watan Kerja (Local@Work) pula direka bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan menerima insentif gaji RM350 atau RM500 bulan bergantung kepada sektor selama dua tahun.

Majikan yang mengambil rakyat tempatan menggantikan pekerja asing akan menerima insentif sebanyak RM250 sebulan selama dua tahun.

Seterusnya, program peningkatan kemahiran dan latihan semua atau reskilling and upskilling akan dilaksanakan kepada pekerja dan padanan pekerjaan.

Yang pertama, 150 juta ringgit diperuntukkan bagi program Kementerian Pengajian Tinggi persijilan professional (KPT-PACE) iaitu graduan baharu ditawarkan baucar bernilai RM3000 seorang untuk mengambil kursus sijil professional di universiti awam dan swasta.

Yang kedua, 100 juta ringgit kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau HRDF bagi melaksanakan program latihah kerja secara usahasama dengan majikan sektor swasta. Seterusnya, disalurkan 100 juta ringgit kepada MDEC untuk keperluan ICT untuk memudahkan peralihan bakat tenaga kerja.

Yang keempat, diperuntukan 100 juta kepada pihak berkuasa wilayah terutamanya IRDA dan SEDIA bagi melangkapkan kemahiran baru kepada tenaga kerja yang terjejas agar memudahkan mereka mendapat peluang pekerjaan.

Yang kelima, inisiatif kepada PERHEBAT untuk program latihan kemahiran dan keusahawanan sebanyak 30 juta ringgit. Perubahan belanjawan 2021 ini dapat membuka mata rakyat berbanding belanjawan 2020 hanya dilancarkan program Perantis Kerja (Apprentice@Work) direka untuk menggalakan lebih ramai belia menyertai kursus TVET dengan pemberian elaun tambahan sebanyak RM 100 sebulan  Insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program Perantis Kerja. 

Dalam belanjawan 2021, kerajaan akan memperkenalkan inisiatif MySTEP atau short-term Employment Programme dengan peruntukan lebih 700 juta ringgit dan ditawarkan 50 ribu peluang pekerjaan secara kontrak dalam sector awam dan syarikat kerajaan atau GLC bermula 2021.Sebanyak 35 ribu peluang pekerjaan akan ditawarkan dalam sektor awam seperti jururawat, pegawai kebajikan masyarakat,medical attendant serta guru sementara.

Manakala syarikat GLC akan meyediakan 15 ribu peluang pekerjaan dalam bidang teknikal dan kewangan serta turut dipanjangkan kepada graduan untuk menjalani program perantisan.

Berbanding belanjawan 2020 kerajaan hanya melancarkan WanitaKerja (Women@Work) direka bagi wanita yang telah berhenti kerja selama 12 bulan atau lebih berumur 30 hingga 50 tahun Wanita yang kembali bekerja semula akan menerima inisiatif gaji RM500 bulan selama dua tahun.

Majikan yang mengambil wanita yang kembali bekerja akan menerima insentif sebanyak RM300 sebulan selama dua tahun. Pengecualian cukai juga akan diberikan kepada wanita yang kembali bekerja sehingga tahun 2023 

Program subsidi upah bersasar juga diperkenalkan di dalam belanjawan 2021 dengan peruntukan 15 bilion ringgit. Kerajaan menyalurkan 12.5 billion ringgit bagi membiayai Program Subsidi Upah, PERKESO untuk membantu 2.7 juta pekerja dan lebih daripada 330 ribu majikan.

Kerajaan akan melanjutkan pelaksanan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar. 600 ringgit sebulan diberikan kepada pekerja bergaji RM4000 ke bawah. Had 200 pekerja bagi permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja. Diperuntukkan 1.5 billion ringgit untuk membantu 7 ribu majikan dan 900 pekerja.

Yang paling menarik di dalam belanjawan 2021, kerajaan memperkenalkan langkah dari segi perlindungan sosial iaitu KWSP akan dibenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan dan takaful hayat.

Bagi menggalakkan simpanan hari tua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3000 ke atas caruman Skim Persasaran Swasta atau PRS dilanjutkan.Setersunya kerajaan menyediakan 24 juta ringgit bagi caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO untuk 100 pekerja daripada kumpulan pertama iaitu Anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Maritim Malaysia. Kumpulan yang kedua pula, guru takmir, imam, bilal, siak, noja, dan merbut. 

Kumpulan seterusnya ialah pekerja sektor awam berstatus Contract For Service dan kumpulan terakhir diberikan kepada 40 ribu orang delivery riders yang menjadi barisan sokongan semasa tempoh PKP.

Secara menyeluruh, belanjawan 2021 yang dibentangkan di Parlimen pada 7 November mempunyai sedikit untuk semua orang dari penghargaan kepada barisan depan Covid-19, pelepasan cukai untuk orang dewasa yang bekerja dan bantuan untuk pencari kerja, hingga insentif untuk belia dan lain-lain.

Belanjawan 2021 merangkumi pelbagai aspek yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memastikan pekerja-pekerja di Malaysia menerima inisatif dengan sewajarnya berbanding belanjawan 2020. Pembentangan Belanjawan 2021 di saat gelombang ketiga memuncak amatlah bertepatan pada masanya di saat rakyat menantikan inisiatif penting dalam merencana kemaslahatan semasa rakyat Malaysia.

Dengan harapan belanjawan ini akan memandu negara Malaysia ke arah pemulihan, tetapi jika tidak pulih, kerajaan perlu menjalankan kajian semula lagi bagi mengenal pasti samada ia boleh dikekalkan untuk masa akan datang dengan memberi impak yang positif ke atas pertubuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara.