KUCHING: Tiada kluster baharu dilaporkan semalam dan jumlah kekal enam kluster iaitu kluster besi (12 kes); Jalan Abell (15 kes); Baki (33 kes); Greenhill (91 kes) dan Wisma Saberkas (44 kes).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)\ dalam satu kenyataan semalam, terdapat 16 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital hari ini, iaitu di Hospital Umum Sarawak (14) dan Hospital Miri(2). 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 1,008 orang atau 95.27 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” katanya.

Semalam dua kes baharu positif Covid-19 direkodkan, membabitkan dua pekerja industri gas dan minyak yang terkandas di Romania dan balik ke Sibu baru-baru ini.

Dengan itu jumlah kes setakat semalam ialah 1,058 dengan 19 kematian.

Daerah Kuching hari ini bertukar daripada status merah kepada jingga dengan jumlah keseluruhan 37 kes COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata hari ini tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Kuching dengan keseluruhan kes yang positif adalah 707 dan 12 kematian.