JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 60 juta.

Ini berikutan lebih 600,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Setakat pagi Khamis, kes positif global kini berjumlah 60,695,940.

Dari segi kematian, jumlah  setakat ini ialah 1,425,781 kes.

Data terbaharu Worldometers menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 13  juta kes jangkitan.

Negara itu turut berada di tangga teratas dari segi jumlah kematian dengan lebih 268,000 kes

Ini diikuti India dengan 9.26 juta kes dan lebih 135,000 kematian, manakala Brazil merekodkan 6.66 juta kes dengan lebih 170,000 kematian.

Perancis pula merekodkan lebih 2.17 juta kes dengan lebih 50,000 kematian dan Rusia yang berada di tangga kelima mencatatkan 2.16 juta kes dengan lebih 37,000 kematian.

Enam negara yang sudah merekodkan lebih sejuta kes ialah Sepanyol, United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia dan Mexico.

Tiga negara yang menuju satu juta kes ialah Jerman, Peru dan Poland.