HANOI: Ini kisah gadis sanggup mengubah wajahnya yang dianggap hodoh oleh bekas teman lelakinya.

Kisah ini menyebabkan media Vietnam kecoh baru-baru ini.

Nguyen Tuong Vy, 21, menjadi topik bualan paling hangat di negaranya selepas dia menceritakan kisahnya di media sosial bersama-sama fotonya sebelum dan selepas pembedahan.

Gadis berasal dari wilayah Dak Lak ini memberitahu dia membuat keputusan mengubah wajahnya selepas hubungannya dengan teman lelakinya putus di tengah jalan.

Menurut Nguyen mereka berdua saling mencintai dan teman lelakinya sentiasa memberitahu dia suka akan dirinya bukan kerana wajahnya.

Namun teman lelakinya tidak pernah memperkenalkan Nguyen dengan rakan-rakannya.

Setelah beberapa insiden dia menyedari perangai bekas teman lelakinya yang malu dengan wajahnya.

Justeru, dia mengambil keputusan berpisah dan ia dipersetujui oleh lelaki tersebut.

Selang tidak lama kemudian dia terlihat bekas teman lelakinya keluar dengan wanita cantik.

Nguyen yang berasa sedih dan kecewa dengan wajahnya memberitahu ibunya tentang hasratnya membuat pembedahan plastik.

Ibunya menyokong hasratnya dan membiayai semua kos pembedahannya.

Dia mula melakukan pembedahan itu pada usia 19 tahun bermula dengan beberapa prosedur.

Ini termasuklah pembentukan semula hidung, pengisian pipi, bibir dan dagu dan banyak lagi.

Transformasi wajahnya mendapat pujian orang sekelilingnya menjadikannya lebih yakin dengan dirinya.

Dalam pada itu dia turut berterima kasih kepada bekas kekasihnya kerana meninggalkannya.