MOSCOW: Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut selepas minum cecair pencuci tangan ketika menghadiri satu parti.

Insiden berlaku di Rusia itu berlaku ketika hadirin minum air pencuci tangan selepas kehabisan minuman keras.

Ketika kejadian sembilan orang dipercayai minum air antiseptik terbabit yang 69 peratus daripadanya merupakan methanol.

Rentetan itu, dua lelaki berusia 27 tahun dan 59 tahun serta wanita berusia 41 tahun merupakan antara yang awal meninggal dunia.

Enam daripada mangsa terbangkan ke hospital di kota Yakutsk untuk rawatan lanjut.

Manakala empat lagi mangsa tidak dapat diselamatkan dan dua lagi bertarung nyawa di hospital.

Berikutan insiden itu, pihak berkuasa Rusia merayu penduduk tempatan agar mengelak daripada meminum cecair pencuci tangan.