SOUTH CAROLINA: Baru-baru ini polis menerima aduan membabitkan insiden keganasan domestik di kawasan perumahan di Jalan North Oak, Myrtle Beach, South Carolina.

Mangsa membuat laporan teman wanitanya mengamuk selepas lelaki tersebut tidak menyediakan makan malam untuknya sebelum dia bangun tidur.

Menurut mangsa teman wanitanya, Stacy Rose Zelaya-Sheff bangun dari tidur dan apabila mendapati makanan untuk makan malamnya belum disediakan, dia terus memarahi lelaki tersebut.

Selain menjerit memarahinya, Zelaya-Sheff jug menampar dan membaling gelas ke arah belakang kepalanya.

Polis mengesahkan terdapat luka di kepalanya dan cebisan gelas juga ditemui pada tengkuk dan bajunya.

Menurut laporan polis, Zelaya-Sheff juga mengambil telefon mangsa dan membuangnya ke lantai, menyebabkan skrin telefon itu pecah.

Mangsa memberitahu polis, selepas telefonnya dirosakkan, dia keluar rumah dan berjalan ke balai polis meminta bantuan, tetapi dia sesat dalam perjalanan menyebabkan dia lambat sampai.

Apabila polis tiba ke lokasi kejadian, Zelaya-Sheff sendiri yang membuka pintu dan sedang mabuk.

Apabila ditanya, wanita itu memberitahu dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh mereka.

Polis menahannya atas tuduhan melakukan keganasan domestik.

Menurut laporan polis sebelum insiden itu, Zelaya-Sheff tidak mempunyai sebarang rekod keganasan domestik.