NEW YORK: Baru-baru ini warga New York dikejutkan dengan kehadiran seekor tikus gergasi yang sentiasa dilihat menaiki kereta bawah tanah New York.

“Buddy the Rat” atau nama sebenarnya Jonothon Lyons, pelakon tempatan sering kali dirakam menaiki kereta api bawah tanah menggunakan kostum tikus.

Menurut New York Post, Jonothon yang bertugas di bahagian teater dan boneka menghasilkan karakter Buddy kira-kira 11 tahun lalu.

Sejak kebelakangan ini Jonothon sering dilihat memakai pakaian “tikus” berekor merah jambu menaiki kereta api bawah tanah.

Kehadirannya sedikit banyak menimbulkan kejutan dalam kalangan penumpang kereta api.

Video Buddy mula tular selepas dimuat naik di TikTok dan kemudiannya diciap di Twitter.