KUCHING: Sebanyak 81 unit tong air telah diagihkan ke tiga perkampungan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai pada Selasa.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Trombol (8), Kampung Bukit Nyabut (52) dan Kampung Sri Kandong (21).

Agihan tong air itu adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri membantu penduduk-penduduk kampung terlibat sekiranya berlakunya gangguan bekalan air khususnya semasa baik pulih saluran paip dan tekanan air rendah.

Kerja-kerja pengagihan tangki air terbabit akan diadakan secara berperingkat serta diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kuching bersama Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB)