KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli iaitu anggota Batalion 3 PGA Pasukan Gerakan Am (PGA) yang meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa penugasan kawalan keselamatan Op Benteng di sempadan Malaysia – Thailand pagi kelmarin. 

“Pemergian mendiang sebagai wira merupakan kehilangan yang besar buat negara. Justeru, jasa dan pengorbanan beliau perlu dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia,” kata ketua penerangannya Kamaruzaman Mohamad.

Katanya, Pas turut mendoakan kesembuhan buat rakan setugas mangsa, Kpl. Norihan A/L Tari yang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama-sama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dengan mangsa yang cedera sedang dirawat dan dilaporkan kritikal.