SONG: Penduduk di Katibas disaran untuk memanfaatkan tanah mereka dengan aktiviti pertanian komersial.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Dato’ Sri Ambrose Blikau Enturan, Katibas memiliki tanah yang luas untuk penduduk tempatan mengusahakan pertanian.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AgriCOP) Peringkat Daerah Song di Rumah Lucy, Nanga Lanang, Tekalit, Song.

Tambahnya, penduduk boleh mendapatkan bimbingan daripada Jabatan Pertanian dan agensi yang berkaitan sebagai usaha meningkatkan lagi hasil pertanian mereka.

Dalam masa yang sama, katanya, agensi kerajaan juga perlu memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka untuk membantu orang ramai.

Pada majlis tersebut Dato Sri Ambrose Blikau turut menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 18 buah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berjumlah RM165,000.