JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 60 uta.

Ini berikutan lebih 550,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 60,077,383 kes dengan  lebih 1.41 juta kematian manakala jumlah yang sudah pulih sudah mencecah lebih 41 juta.

Setakat pagi Rabu, data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.94 juta kes jangkitan.

AS juga berada di tangga teratas dari segi kematian dengan lebih 265,853 kes.

Ini termasuk 2,148 dalam tempoh 24 jam — satu angka yang melonjak berbanding sebelum ini.

Ini diikuti India dengan 9. 22 juta kes dengan lebih 134,000 kematian, manakala Brazil merekodkan 6.12 juta kes dengan lebih 170,000 kematian.

Negara yang melepasi angka dua juta kes ialah Perancis dan Rusia, manakala dari segi kematian masing-masingnya merekodkan lebih 50,000 dan 37,000.

Jangkitan positif Covid-19 di Sepanyol (1,614,126), United Kingdom (1,538,794), Itali (1,455,022), Argentina (1,381,795), Colombia (1,262,494) dan Mexico (1,049,358).

Tiga negara yang sudah melepasi 900,000 ialah Jerman, peru dan Poland.