MIRI: Menteri Muda Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus telah hadir dan memeriahkan Program Gotong-Royong Pembersihan Pantai Peliau Sibuti dan merasmikan Rakan Taman Kitar Semula Taman Rekreasi Pantai Peliau Sibuti dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Peliau, Sibuti pada Sabtu.

Pantai Peliau ini mempunyai kemudahan jalan yang baik dan lokasinya lebih kurang 45 km perjalanan dari Bandaraya Miri dengan majoriti penduduknya Islam dari masyarakat Kedayan.

Penganjuran program ini bertujuan membersihkan Taman Rekreasi Pantai Peliau Sibuti yang menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah dan menjadi sumber rezeki penduduk kampung.

Perasmian Rakan Taman Kitar Semula Taman Rekreasi Pantai Peliau Sibuti turut diadakan bagi menggalakkan lebih ramai terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya dalam penjagaan kebersihan pantai dan alam sekitar.