KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zakarshi memberi peringatan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihukum oleh 7.6 juta pencarum KWSP pada pilihan raya umum akan datang sekiranya bertegas bertegas menolak cadangan pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1, termasuk syarat ketat bagi pengeluaran i-Sinar.

“Kumpulan ini ada 7.6 juta ahli aktif. Ahli Umno cuma 3.5 juta sahaja.

“Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan,” kata Puad.

“Tinggal tiga hari lagi bajet akan diundi. PM nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi Umno,” kata Puad dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini.

Menurut Puad, Muhyiddin juga tidak takut pada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,  Tun Dr Mahathir Mohamad, Datu Seri Anwar Ibrahim (pembangkang), dan Presiden Umno  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu semua kacang pada dia,” kata Puad dalam satu hantaran Facebook, pagi ini.

Ahli Parlimen Gua Musang turut mengumumkan tidak akan membahas Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

“Ku Li sudah putus tidak mahu bahas Bajet. Itu bermakna PN hilang satu undi,” tambahnya.