SERIAN: Air Terjun Rimuan yang terletak di Kampung Sangai Empani-Mawang mampu menjadi produk pelancong baharu di Serian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben memberitahu, beliau secara peribadi kagum melihat keindahan kawasan di sekitar air terjun tersebut.
Justeru, beliau berharap agar lokasi tersebut dapat menjadi tarikan pelancongan bukan sahaja kepada penduduk setempat malah kepada orang luar.
Semasa melakukan tinjauan di lokasi Air Terjun Rimuan Sungai Sangai pada Sabtu, Martin menambah, beliau bersedia menyalurkan peruntukan bagi memajukan kawasan air terjun berkenaan.