1. LAPORAN HARIAN
Hari ini tiada kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak. Jumlah
keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 1,055 kes.

A. Kluster COVID-19 Yang Masih Aktif.
Hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan. Ini menjadikan
terdapat enam (6) kluster yang kekal masih aktif di Sarawak seperti
berikut:

i) Kluster Besi, Kuching
Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal 12 orang termasuk kes indeks.
ii) Kluster Jalan Abell, Kuching.
Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal 15 orang termasuk kes indeks.
Kenyataan Media JPBN Bil 290/2020

iii) Kluster Baki, Kuching.

Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal seramai 33 orang termasuk kes indeks.
iv) Kluster Seladah, Kuching.
Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal seramai sembilan (9) orang termasuk kes indeks.
v) Kluster Greenhill, Kuching.

Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal 91 orang termasuk kes indeks.
vi) Kluster Wisma Saberkas, Kuching.
Tiada penambahan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan. Jumlah
kes positif kekal 44 orang termasuk kes indeks.

B. Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Pengasingan Hospital.
Dimaklumkan juga bahawa terdapat lima (5) kes baharu yang telah
pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini. Sebanyak tiga

(3) yang telah pulih dan dibenarkan discaj ini adalah dari Hospital
Umum Sarawak dan dua (2) kes adalah dari Hospital Miri. Ini
menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah
pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 977
orang atau 92.61% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di
Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di
hospital adalah seramai 59 orang iaitu:

• 53 kes di wad pengasingan di Hospital Umum Sarawak; dan
• Enam (6) kes di Hospital Miri.
Hari ini tiada kes COVID-19 yang sedang menerima rawatan di Unit
Rawatan Rapi (ICU) atau kes yang menerima bantuan alat
pernafasan pada hari ini. Tiada kes kematian baharu dilaporkan.
Jumlah kematian adalah kekal seramai 19 orang atau 1.80%
daripada 1,055 kes keseluruhan.
Hari ini, terdapat 38 Person Under Investigation (PUI) baru
telah dilaporkan dan dua (2) PUI yang masih menunggu keputusan
ujian makmal.

C. Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Kuching kekal berstatus Merah dengan jumlah
keseluruhan seramai 58 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam
tempoh 14 hari yang lepas. Daerah Miri dan Lawas juga kekal
berstatus Kuning. Jumlah daerah yang berstatus Merah kekal
dengan satu (1) buah daerah, dua (2) berstatus Kuning dan 37 buah
daerah yang lain di Sarawak kekal berada dalam status Hijau.
Kenyataan Media JPBN Bil 290/2020

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat
dan beberapa isu telah dibincangkan:

A. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Di Daerah Kuching

Dalam tempoh 14 hari yang lepas masih terdapat 58 kes positif
tempatan di Daerah Kuching. Taburan kes-kes jangkitan ini tidak
tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Oleh yang demikian,
setelah penilaian risiko, maka tempoh PKPB di daerah Kuching
DILANJUTKAN sehingga 27 November 2020 (Jumaat).

Sekiranya dalam tempoh lanjutan PKPB ini, JPBNS mendapati
bahawa tiada lagi keperluan untuk penguatkuasaan PKPB, ia boleh
dipendekkan pada bila-bila masa.

B. Pelanjutan Tatacara Kemasukan ke Sarawak
Tatacara kemasukan dan tempoh kuarantin selama 14 hari apabila
masuk ke Sarawak DILANJUTKAN sehingga diberitahu
kemudian.
Kenyataan Media JPBN Bil 290/2020

C. Pergerakan Keluar/Masuk Daerah Kuching

Pergerakan keluar/masuk merentasi Daerah Kuching tidak
dibenarkan kecuali untuk tugas rasmi dan tujuan bekerja. Surat
dan pas kerja daripada Ketua Jabatan/Majikan adalah memadai.
Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu memohon
permit dari PDRM.

D. Pembukaan Taska Dan Tadika Bagi Zon Merah dan Zon kuning

Pembukaan TASKA dan TADIKA di Zon Merah dan Zon Kuning
dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan
Kanak-Kanak Sarawak (KKWKPK). Pihak Pengusaha TASKA dan
TADIKA hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
pematuhan SOP yang ditetapkan.
Bagi tujuan rekod dan pemantauan, pihak TASKA dan TADIKA
wajib memaklumkan kepada KKWKPK sebelum memulakan
operasi.

E. Bilangan Penumpang Dalam Kenderaan Persendirian
Bilangan penumpang dalam kenderaan persendirian adalah
mengikut kapasiti kenderaan dan tidak lagi terhad kepada tiga (3)
orang sahaja.

3. LAPORAN PKPB DAERAH KUCHING (9-22 NOVEMBER 2020)

Hari ini sebanyak 6,648 jumlah kenderaan diperiksa semasa PKPB
di Daerah Kuching. Ini menjadikan jumlah kumulatif kenderaan
diperiksa sebanyak 98,591. Manakala tiada kenderaan di arah
berpatah balik hari ini. Jumlah keseluruhan kenderaan yang di arah
berpatah balik mulai 9 November 2020 kekal sebanyak 613 buah
kenderaan.

4. LAPORAN NOTIS TANGKAPAN/KOMPAUN/AMARAN/SITAAN

Hari ini pihak PDRM telah menangkap seorang (1) lelaki warganegara
Indonesia di Bau kerana telah masuk ke Sarawak melalui jalan ladang
di Kampung Gumbang. Lelaki tersebut telah melakukan kesalahan
imigresen. Selain itu sebanyak tiga (3) notis kompaun telah
dikeluarkan di Daerah-daerah Sarikei (1), Matu Daro (1) dan Miri (1).
Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak
telah mengeluarkan notis amaran lisan dan bertulis sebanyak 134 notis
di bawah seliaan DBKU (38), BDA (32), MPP (25), MBKS (15), MD Marudi
(13), BDA (7), MD Serian (3) dan MD Sarikei (1).

5. PEMANTAUAN PEMATUHAN PKPP (01 SEPTEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2020)

Hari ini, sebanyak 1,422 premis telah dipantau iaitu Pasaraya (188),
Restoran (286), Kilang (11), Bank (101), Pejabat Kerajaan (38), Penjaja
(32), Pasar Tani/Awam (57), Tempat Ibadah (61), Tempat Riadah (36),
Tapak Pembinaan (20) dan lain-lain (592).
Seramai 602 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM
(290), ATM (40), RELA (130), APM (88) dan PBT (54).
6. SEKATAN JALAN RAYA OP BENTENG
Hari ini terdapat 7 sekatan jalan raya di 6 buah daerah iaitu di Lawas
(2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).
Melalui 7 sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,911 jumlah kenderaan
telah diperiksa.

7. TANGKAPAN SEMASA OP BENTENG

Pihak PGA telah menahan sebuah lori yang mencurigakan menuju 400
meter dari sempadan Malaysia/Indonesia di Lundu. Dalam tahanan
tersebut, pasukan penguatkuasa telah merampas barang-barang
kawalan berjumlah RM 142,480.00 dan telah diserahkan kepada pihak
IPD Lundu untuk tindakan selanjutnya.

KENYATAAN MEDIA (22 NOVEMBER 2020)

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
22 NOVEMBER 2020
5.00 PETANG