Indonesia, negara 270 juta jiwa kini berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah kes jangkitan Covid-19.

Menurut  angka Worldometers, jumlah yang dijangkiti virus maut itu setakat petang ini ialah 493,308, dan ia cepat menuju ke angka setengah juta.

Dari segi kematian pula, negara kepulauan itu sudah merekodkan 15,774 kes.

Ini sekali gus meletakkan Indonesia sebagai negara paling teruk dalam kalangan negara Asean.

Namun, dipercayai jumlah yang dijangkiti dan meninggal disebabkan Covid-19 dipercayai lebih tinggi.

Berada di belakang Indonesia ialah Filipina.

Filipina berada di tangga ke-26 dengan lebih 416,000 kes manakala jumlah kematian ialah 8,080 kes.

Negara ketiga paling teruk dalam kalangan negara Asean ialah Myanmar dengan lebih 77,000 kes dan 1,722 kematian.

Malaysia pula berada di tangga ke-84 dengan 53,679 kes  manakala jumlah kematian ialah 332 kes.