DARO: Pelbagai program dan projek pembangunan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat khasnya di kawasan luar bandar.

Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan sentiasa memastikan hak dan keperluan rakyat di negeri ini terjaga.

“Kerajaan sudah beri satu jaminan kalau hak kita jika perlu untuk pembangunan, kerajaan akan bayar mengikut harga pasaran dan tidak akan merugikan kita.”

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Wanita Anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan Daro di Kampung Penasu pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM35 juta kepada SK Penasu Baru serta asrama sekolah berkenaan.

Safieee turut meyakinkan rakyat bahawa beliau akan terus berusaha membawa pelbagai lagi pembangunan di kawasan berkenaan termasuk di kawasan pesisir sungai sekiranya masih diberikan peluang.