Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 sejak virus maut itu dikesan di Wuhan, China pada akhir tahun lalu sudah mencecah 58 juta.

Setakat awal pagi Ahad,  jumlah jangkitan ialah 58,469,988 kes.

Jumlah kematian pula sudah mencecah 1.38 juta manakala jumlah yang sembuh lebih 40 juta.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dunia dengan lebih 12.44 juta kes dan lebih 261,000 kematian, termasuk 1,430 kes terbaharu sekali gus tertinggi kes kematian dalam 24 jam

India berada di belakang AS dengan lebih 9.09 juta kes dan lebih 133,000 kematian.

Di tangga ketiga dunia  menurut angka Worldometers ialah Brazil dengan lebih 6.05 juta kes dengan lebih 169,000 kematian.

Perancis merekodkan 2.12 juta kes jangkitan dengan lebih 48,000 kematian.

Rusia yang berada di tangga kelima sudah merekodkan lebih 2.06 juta kes jangkitan dengan lebih 35,000 kematian, diikuti Sepanyol dengan 1.58 juta kes dengan lebih 42,000 kematian.

Lima lagi negara lain yang sudah mencatatkan lebih sejuta kes jangkitan ialah United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia dan Mexico.

Mexico merekodkan lebih 100,000 kes kematian, antara tertinggi di dunia.